Jumaat, 15 Julai 2011

KEJAYAAN PASUKAN SOFBAL SK AIR MERAH 2011

Permulaan perlawanan . Harap - harap menang ......

Horry !! ...    Kami menanggg ........

Pasukan  Sofbal  SKAM  2011

Johan  Sofbal   2011

Tempat  Ke-3  Sofbal   2011

Rabu, 13 Julai 2011

HADIS 9 - PILIH YANG MUDAH DAN TINGGALKAN YANG SUSAH

PETIKAN  DARIPADA  BUKU  HADIS  40  IMAM  NAWAWI ,





CARA ASAS MEMBINA BLOG PERCUMA DENGAN BLOGSPOT

Pertama Perlu  Daftar di Blogspot

Untuk membina Blogspot, kita haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu seperti Gmail. Jika kita sudah mempunyai akaun Google, kita boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, kita perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot.
Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“.
Selepas itu kita perlu ikuti 3 langkah ringkas seperti berikut:

1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kita . Setelah siap, tekan butang “Continue”. Seperti gambar dibawah .



2. Kita perlu menamakan blog kita. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika kita mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog kita. Selepas ini alamat URL ini akan kekal, dan kita tak boleh mengubah lagi alamat tersebut .



3. Membina blog . Kita perlu pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog kita. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa mengikut selera kita . Seperti gambar dibawah.


Seterusnya kita bolehlah mengubah sesuai reka bentuk blog kita mengikut selera kita . Apa yang penting setiap perubahan yang dibuat kita perlu sentiasa “simpan / save” . Kalau tidak penat saja la….


Mengubahsuai Rupa Blog Kita

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil kita, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, kita perlu pergi kepada “Layout > Page Elements”
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Yang penting setelah siap, kita perlu klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda

Kita boleh menambah elemen baru dengan menggunakan program Widget Index seperti memasukan muzik atau lagu .




Atau kita memasukan ucapan “ Welcome “ dan lain – lain . 



Kita juga memasukan program Widget Tik Tok untuk petunjuk jam dan tarikh.



Selepas itu , kita bolehlah menulis apa sahaja yang kita mahu. Setelah selesai, kita boleh klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog kita .

Seterusnya , bergantung kepada kreativiti dan semangat kita untuk mencuba pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot kita . Selamat Mencuba .




Akhir kata , ucapan Terima Kasih kepada Pensyarah – En Hasnan b. Hassan dan semua rakan – rakan sepejuangan dalam PPG-UUM 2011 atas kunjungan dan sokongan pada blog saya .

Terima kasih ………..

Selasa, 12 Julai 2011

KEARAH PENINGKATAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU DAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH , KULIM



Guru sedang tekun mengikuti program LDP bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT .






Murid – murid sedang mengaplikasikan kemahiran ICT di dalam pembelajaran  .



Jumaat, 17 Jun 2011

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.


http://www.pibgsekolah.com/anaini/file/​KAJIAN%20KES.doc


PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENULISAN KARANGAN

Penggunaan peralatan komunikasi elektronik seperti Internet dapat menyediakan
persekitaran pendidikan bahasa yang ideal kerana konsep moden dalam pendidikan dan
pengajaran bahasa adalah menekankan kebebasan pelajar serta pendekatan komunikatif
berbentuk tugasan. Kaedah ini menekankan konsep yang lebih luas terhadap kemampuan
berinteraksi pelajar (Peterson 1997). Kajian Stone (1999), mendapati kesan penggunaan
Internet dalam pengajaran penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah
positif. Kajian ini menunjukkan program W/IT (Writing Using Internet as a Tool) berjaya
memperbaiki tahap penulisan karangan kumpulan kawalan. Pelajar kumpulan kawalan
berjaya menghasilkan penulisan karangan yang bermutu dari aspek isi, bahasa dan
persembahan.

Selasa, 7 Jun 2011

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalamPembaharuan Pedagogi


Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan
dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam
sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di
samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.


http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf