Jumaat, 17 Jun 2011

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.


http://www.pibgsekolah.com/anaini/file/​KAJIAN%20KES.doc


PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENULISAN KARANGAN

Penggunaan peralatan komunikasi elektronik seperti Internet dapat menyediakan
persekitaran pendidikan bahasa yang ideal kerana konsep moden dalam pendidikan dan
pengajaran bahasa adalah menekankan kebebasan pelajar serta pendekatan komunikatif
berbentuk tugasan. Kaedah ini menekankan konsep yang lebih luas terhadap kemampuan
berinteraksi pelajar (Peterson 1997). Kajian Stone (1999), mendapati kesan penggunaan
Internet dalam pengajaran penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah
positif. Kajian ini menunjukkan program W/IT (Writing Using Internet as a Tool) berjaya
memperbaiki tahap penulisan karangan kumpulan kawalan. Pelajar kumpulan kawalan
berjaya menghasilkan penulisan karangan yang bermutu dari aspek isi, bahasa dan
persembahan.

Selasa, 7 Jun 2011

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalamPembaharuan Pedagogi


Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan
dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam
sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan
konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di
samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.


http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32%5B09%5D.pdf