Jumaat, 17 Jun 2011

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENULISAN KARANGAN

Penggunaan peralatan komunikasi elektronik seperti Internet dapat menyediakan
persekitaran pendidikan bahasa yang ideal kerana konsep moden dalam pendidikan dan
pengajaran bahasa adalah menekankan kebebasan pelajar serta pendekatan komunikatif
berbentuk tugasan. Kaedah ini menekankan konsep yang lebih luas terhadap kemampuan
berinteraksi pelajar (Peterson 1997). Kajian Stone (1999), mendapati kesan penggunaan
Internet dalam pengajaran penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah
positif. Kajian ini menunjukkan program W/IT (Writing Using Internet as a Tool) berjaya
memperbaiki tahap penulisan karangan kumpulan kawalan. Pelajar kumpulan kawalan
berjaya menghasilkan penulisan karangan yang bermutu dari aspek isi, bahasa dan
persembahan.

1 ulasan:

  1. salam..kecanggihan penggunaan ict sekarang akan menemukan pelbagai kaedah bg meningkatkan prestasi pelajar..sebagai guru ..kita patut menyelongkar ilmu ini dan aplikasikan didalam pengajaran

    BalasPadam